abstrak dan semi abstrak


Definisi Abstrak
Abstrak dalam gaya penampilan karya seni ialah gambaran yang dipermudahkan dari segi bentuk dan imej sebenar. Olahan karya abstrak diolah pada bentuk dan kualiti objek kepada rupa yang mustahak atau asas sahaja. Kadangkala imej abstrak sukar dikenali dan sangat berbeza dengan imej asal. Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1990-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figurative.
Kata abstrak mengandungi pengertian ringkasan, inti, tidak berwujud, mujarad, niskala. Dalam kaitan dengan cipta seni, kata abstrak merujuk kepada wujud yang tidak realis atau natural ( non objective, non reprensentational ). Bentuk abstrak adalah bentuk yang tidak menampilkan rupa yang kita kenali sebagai rupa benda atau objek yang kita lihat dalam kenyataan sehari-hari. Bentuk abstrak adalah bentuk imajinasi seniman. Rothko, Mark ( 1903 – 1970 ) ialah pelukis Amerika , yang bertanggungjawab memulakan pergerakan ekspresionis abstrak. Lukisannya yang terkenal merupakan suatu pengubahan abstrak mudah, besar dan jelas. Dalam karyanya, dia bergantung sebahagian besarnya pada warna dan sempadan yang tidak jelas pada bentuk segi empat tepat untuk menghasilkan mood yang berlainan.
Oleh kerana itu, bentu abstrak ialah bentuk olahan, bentuk imajinatif seniman, maka wujudnya menjadi unik, kerana bentuk itu tidak pernah kita kenal selama ini. Bentuk yang tidak pernah ditemukan di atas bumi ini. Salah seorang tokoh seni lukis abstrak yang terkenal di dunia adalah Picasso. Picasso mengolah bentuk alam menjadi kubus-kubus sebagai isensi bentuk. Oleh kerana itu, Picasso dikenali sebagai pelapor aliran kiubisme. Salah satu lukisan Picasso yang terkenal adalah Guernica, yang sekarang menjadi koleksi Museum of Modern Art New York.
Proses Abstraksi
Absrtaksi adalah suatu proses. Tidak mungkin suatu bentuk abstrak dating begitu sahaja tanpa proses abstraksi. Mengabstraksi dapat dilakukan dengan dua cara. Pertama dengan menggambarkan bentuk alamnya terlebih dahulu. Bentuk alam itu harus difahami sampai bentuk detailnya termasuk karakter bentuk itu. Selanjutnya dilakukan penyederhanaan bentuk, dengan menghilangkan bahagian – bahagian yang tidak perlu. Proses penyederhanaan bentuk itu dilakukan beberapa tahap sampai dicapai esensi yang diinginkan. Akhirnya yang dilukiskan adalah esensi bentuk itu. Bentuk yang tampil adakalanya masig dapat diteka dan adakalanya tidak. Wujud bentuk yang tidak dpat lagi diteka itu disebabkan proses abstraksi yang sudah sangat ekstrim dan jauh menyimpang (misled) dari bentuk naturalnya. Sebagai contoh dapat dilihat proses abstraksi seekor lembu yang dilakukan oleh pelukis Theo van Doesburg lapan tahap:
Kedua, proses absrtaksi tidak diwujudkan dalam bentuk gambaran sebagaimana yang dilakukan Theo van Doesburg. Proses abstaksi dilakukan di dalam fikiran dan perasaan si seniman itu. Proses ini berjalan dengan perenungan yang dalam, renungan boleh dalam waktu pendek dan boleh pula dalam waktu yang sangat panjang. Apabila kematangan telah tercapai maka ia akan meledak menjadi aksperi yang tidak tertahan. Garis demi garis, bentuk demi bentuk akan meluncur secara spontan sampai lukisan itu selesai.
Secara historis, seni lukisan abstrak sangat berkait dengan gambar., Peninggalan-peninggalan prasejarah memperlihatkan bahawa sejak ribuan tahun lalu, nenek moyang manusia telah mulai membuat gambaran pada dinding-dinding guia untul mencitrakan bahagian-bahagian penting dsri kehidupan mereka.
Dengan demikian, seni abstrak lebih pada pengertian cara berfikir, bersikap ataupun idea serta konsep-konsep asas yang tidak semata-mata rasional tetapi lebih pada keyakinan akan naluri dan perasaan yang paling mendalam akan kewujudan karya-karya seni yang diciptakanitu. Perkataan abstrak yang diaplikasikan untuk karya-karya seni yang mempunyai dua erti itu ( ambiguity) sesungguhnya sangat berguna dalam mendedahkan kedua-dua erti dan kebingungan yang tidak dapat dipisahkan dari aspek itu. Mungkin dengan selalu menyimpan dalam ingatan pengertian kata kerja dan kata benda dari perkataan 'abstrak' itu akan dapat membantu untuk memperjelas.
Dalam demikian seni abstrak lebih pada pengertiaan cara berfikir, bersikap ataupun idea serta konsep-konsep asas yang tidak semata-mata rasional tetapi lebih pada keyakinan akan naluri dan perasaan yang paling mendalam akan kewujudan karya-karya seni yang dicipkan itu. Perkataan abstrak yang diaplikasikan untuk karya-karya seni mempunyai dua erti iaitu ( ambiguity) sesungguhnya sangat berguna dalam mendedahkan kedua-ertian dan kebingungan yang tidak dapat dipisahkan dari subjek itu. Mungkin dengan selalu menyimpan dalam ingatan pengertian kata kerja dan kata benda dari perkataan 'abstrak' itu akan dapat membantu untuk memperjelaskan. Seni abstrak menggunakan bahasa rupa bentuk, warna dan garis untuk membuat komposisi yang mungkin ada dengan darjat kemerdekaan daripada rujukan visual seni dunia. Seni Barat dari Renaissance sehingga pertengahan abad ke-19 disokong oleh logic perspektif dan usaha untuk mengeluarkan semula ilusi realiti terlihat. Seni budaya lain Eropah telah mampou dicapai dan menunjukkan cara-cara alternative untuk menggambarkan pengalaman visual untuk artis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
SEMI ABSRTAK
Semi absrtak bermaksud gambaran imej sebenar yang diubah suai dan dipermudahkan atau dimujaradkan. Walau bagaimanapun imej tersebut masih dikenali dan masih mempunyai cirri-ciri sebenar dari imej yang digambarkan. Kebanyakan karya yang dihasilkan dalam aliran impressionisme, kuibisme, dan surealisme memaparkan imej semi abstrak. Pengkarya bentuk dan aplikai warna. (Seni lukis ) gaya seni moden separa abstrak yang menggambarkan sesuatu objek dalam bentuk geometri tertentu. Semi bermakna separuh atau sebahagia. Manakala semi absrtak pula bermakna separuh absrtak.
Kubisme merupakan aliran yang paling redical, onovatif dan berpengaruh besar terhadap dalam perkembangan aliran seni rupa era abad 20an. Aliran kubisme adalah sebuah gerakan seni rupa moden pada awalabad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Prinsip dasar yang umum pada kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, pertindihan, penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dalam aneka bentuk. Gerakan ini dimulai pada media lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing. Ciri dari aliran ini adalah memgaplikasikan bentuk-bentuk realisme kedalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk dan warna dia atas kanvas yana diibaratkan sebagai media pecahan kaca.
Istilah "kubis" itu sendiri tercetus berkat pengamatanbeberapa kritis. Louis Vauxelles (kritikus prancis) setelah melihat sebuah karya Braque di Salon des Independants, berkomputeran bahawa karya Braque sebagai reduces everything to little cubes ( menempatkan segala sesuatunya pada bentuk kubus-kubus kecil. Gil Blas menyebut lukisan Braque sebagai bizzarries cubiques (kubus ajaib). Sementara itu, Henri Matisse menyebutnya sebagai susunan petits cubes ( kubus kecil). Maka untuk selanjutnya dipakai istilah kubisme untuk memberi cirri dari aliran seperti karya-karya tersebut sebagai aliran dalam seni visual.

 

 
Aliran Kubisme
  • Menolak tradisi catab]n yang mementingkan objek reality.
  • Menganggap seni sebagai satu konsep kea rah penciptaan dan menolak perinduan.
  • Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi
  • Penggunaan bentuk-bentuk dan satak geometri.
  • Seperti pecahan kaca menimbulkan kesan lutsinar.
  • Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsunar.
  • Warna yang bertegar..

 
Aliran Surelisma
  • Tumpuan bukan pada ekpresi pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
  • Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
  • Paparan imej-imej bawah sedar dak alam khalayan.
  • Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
  • Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.
  • Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicamtum-cantum.

 

 

0 comments:

Post a Comment

my AQUARia